fbpx

Bayi dilahirkan dari embrio beku lebih berisiko menghidap kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYI yang lahir daripada embrio segar tidak mengalami risiko yang sama. - unlimit3d- stock.adobe.com

STOCKHOLM, SWEDEN – Kanak-kanak yang dilahirkan daripada embrio yang disimpan di dalam ruang sejuk beku berisiko tinggi menghidap kanser, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penyelidik dari Universiti Gothenberg di Sweden mendapati bahawa kanak-kanak yang dilahirkan daripada embrio beku mengalami peningkatan risiko untuk mendapat leukimia dan kanser yang berkaitan dengan saraf pusat.

Risiko tersebut tidak ditemui dalam kalangan kanak-kanak yang dilahirkan melalui bantuan kaedah persenyawaan lain.

Menerusi kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine pada minggu lepas, penyelidik mengumpulkan data daripada 7.9 juta kanak-kanak di empat negara Scandinavia iaitu Denmark, Finland, Norway dan Sweden.

Daripada populasi itu, 172,000 dilahirkan menggunakan Teknologi Pembiakan Berbantu (ART) dan 22,630 berasal dari embrio beku. Secara purata, 2.07 daripada setiap 1,000 kanak-kanak yang dilahirkan melalui kaedah bantuan didapati menghidap kanser.

Bagi kanak-kanak yang dilahirkan daripada embrio segar yang membentuk majoriti kehamilan persenyawaan in-vitro (IVF), mereka berkemungkinan kurang mendapat kanser. Penyelidik mendapati bahawa 1.97 daripada setiap 1,000 menghidap penyakit ini.

Mereka yang dilahirkan daripada embrio beku paling berisiko dengan 2.12 daripada setiap 1,000 yang didiagnosis. 

Kelahiran daripada embrio beku agak jarang berlaku dan membentuk sebahagian kecil daripada keseluruhan bayi yang dilahirkan menggunakan ART, mengakibatkan terdapat sedikit data populasi yang tersedia untuk mereka. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI