fbpx

Projek LRT Komtar-Bayan Lepas tetap jadi keutamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow (kiri) pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di Komtar, George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyenaraikan 10 projek dengan anggaran kos berjumlah RM2.27 bilion sebagai rujukan untuk dipertimbangkan di dalam Bajet 2023 pada pertemuan bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Sabtu lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, 10 projek berkenaan adalah termasuk projek transit aliran ringan (LRT) Komtar – Bayan Lepas yang bakal memberi manfaat kepada seluruh penduduk di negeri ini.

”Saya membaca laporan media yang mana parti pembangkang telah mempertaikan kenapa projek LRT tidak disenaraikan dalam pembentangan Bajet 2023 Persekutuan pada pertemuan dengan Menteri Kewangan pada hari Sabtu lalu.

”Di sini saya tekankan bahawa bagi pelaksanaan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Tahun 2023, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), kerajaan negeri telah mengenalpasti dan memohon sejumlah 126 projek pembangunan meliputi 20 jabatan dan agensi pemohon dan 11 Kementerian dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM17.72 bilion.

”Peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM2.89 bilion, dalam pertemuan dengan Menteri Kewangan, kerajaan negeri hanya menyenaraikan 10 projek dengan anggaran kos berjumlah RM2.27 bilion sebagai rujukan pada pertemuan berkenaan dan ia termasuk projek LRT Komtar -Bayan Lepas,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendakwa kerajaan negeri tidak menyenaraikan projek LRT Komtar- Bayan Lepas ketika pertemuan dengan Menteri Kewangan, Sabtu lalu.

Menurut Kon Yeow, permohonan projek-projek tersebut telah dikemukakan kepada kementerian-kementerian berkaitan dan juga Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

”Adalah ditegaskan bahawa daripada 126 projek yang disenaraikan serta telah dikemukakan, projek pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Komtar – Bayan Lepas Fasa 1 adalah di dalam senarai berikut (dan sentiasa tersenarai) dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM10 bilion.

”Kerajaan negeri tidak pernah berputus asa dalam meneruskan usaha melaksanakan projek yang mana bakal memberi manfaat kepada seluruh penduduk di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, projek LRT Pulau Pinang kini sedang melalui proses Pra-Kelayakan yang merupakan peringkat pertama Permintaan Untuk Cadangan (Request for Proposal, RFP) akan datang dan ia adalah selepas jaminan pinjaman yang telah diberikan sebelum ini telah ditolak oleh Kabinet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI