fbpx

PM berucap guna bahasa Melayu di PBB akhir bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) dan Saifuddin (kiri) ketika majlis perasmian Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke-9 (HOMC9) di Wisma Kementerian Luar Negeri di sini, hari ini. - FOTO- FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka berucap menggunakan bahasa Melayu pada pentas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akhir bulan ini.

Perkara itu disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah ketika berucap pada Majlis Persidangan Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Kesembilan di sini malam ini.

“Insya-Allah, beliau akan menjadi Perdana Menteri pertama di Malaysia yang akan bercakap menggunakan bahasa Melayu di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada 29 September ini.

“Seperti banyak negara maju lain mendaulatkan bahasa ibunda sendiri, saya bangga kerana menunjukkan beliau komited menjayakan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, Ismail Sabri ketika sesi soalan lisan di Dewan Negara memberi jaminan akan berucap dalam bahasa Melayu pada persidangan antarabangsa termasuk di UNGA.

Meskipun bahasa Melayu bukan antara enam bahasa rasmi PBB, namun pemimpin Indonesia antara yang pernah bercakap dalam bahasa itu seperti dilakukan banyak tokoh negara lain.

Pada 25 September tahun lalu, Ismail Sabri membuat penampilan kali pertama pada sesi ke-76 UNGA setelah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI