fbpx

Pelakon remaja perempuan buat laporan polis dakwaan gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azlan.

SUBANG JAYA – Seorang pelakon remaja perempuan yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya menerusi pendedahan dalam satu program ‘broadcast’ di YouTube, baru-baru ini sudah membuat laporan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, remaja berusia 15 tahun itu membuat laporan polis pada pukul 10.25 malam

“Dalam laporan itu, mangsa mendakwa diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikannya.

“Mangsa juga mendakwa sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapanya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian itu didakwa berlaku sejak 2013 sehingga 2017 ketika mangsa berusia enam tahun semasa tinggal di sebuah kawasan di daerah ini.

“Suspek dikatakan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa apabila ibunya tiada bersama di rumah,” ujarnya.

Jelas beliau, kes itu dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292
Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah.

Terdahulu, pelakon remaja perempuan menjadi tetamu jemputan dalam satu program ‘broadcast’ di YouTube bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya, baru-baru ini.

Pelakon terbabit mendakwa sikap buruk bapanya yang melakukan gangguan seksual terhadapnya termasuk memperlakukan ibunya dengan teruk.

Susulan pendedahan itu, bapanya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI