fbpx

Yakeb dijanjikan tanah untuk pembinaan wisma sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (kanan) menerima kuih loyang yang dihasilkan oleh bekas atlet boling para, Ahmad Amil Husin pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 Yakeb di Kuala Lumpur semalam.

HASRAT Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) untuk memiliki wisma sendiri bakal terlaksana.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenal pasti kawasan sesuai bagi tujuan itu.

Selepas dilancarkan secara rasmi pada 2008, yayasan itu menyatakan hasrat untuk memiliki wisma sendiri bagi memudahkan urus tadbir, selain peluang menjana pendapatan baharu.

Ismail Sabri menggesa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk mengenal pasti tanah kosong milik KBS yang boleh diserahkan kepada Yakeb bagi tujuan pembinaan wisma tersebut.

“Antara perkara menarik perhatian saya adalah impian Yakeb untuk mewujudkan wisma yang bakal menjadi pusat kecemerla­ngan bekas atlet.

“Saya percaya, kemudahan ini pastinya membolehkan Yakeb dapat teruskan program atau kursus di bawah fasiliti lebih besar.

“Ia juga mungkin akan jadi sumber pendapatan baharu untuk Yakeb. Saya bincang dengan Menteri (Belia dan Sukan) dan saya tahu banyak tanah KBS masih belum digunakan, jadi Menteri tengoklah tanah yang boleh diberikan kepada Yakeb.

“Insya-Allah, selepas itu boleh buat pelan perbelanjaan dan diserah kepada kerajaan untuk pembinaan. Saya yakin Yakeb akan memainkan peranan sebagai yayasan dengan khidmat berkualiti,” kata Ismail Sabri ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 Yakeb di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, beliau juga mengumumkan peruntukan RM3 juta kepada Yakeb merangkumi 2021 dan 2022 selain menjelaskan, kerajaan akan memberi dana tambahan bagi peranca­ngan tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI