fbpx

Trend laman ‘online’ pornografi kanak-kanak semakin serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (tengah) bersama sekumpulan kanak-kanak selepas pelancaran Kempen Banteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak di Putrajaya. /FOTO AMREE AHMAD

PUTRAJAYA – Kecenderungan rakyat negara ini menyukai serta berkongsi laman sesawang berkaitan bahan pornografi golongan kanak-kanak dilihat semakin membimbangkan khususnya kepada kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya juga mendapati wujudnya peningkatan kes eksploitasi seksual dalam talian melibatkan golongan itu.

Beliau turut memetik maklumat polis sendiri menunjukkan sejumlah 106,764 alamat protokol internet (IP) berdaftar di Malaysia membuat perkongsian pornografi kanak-kanak.

“Angka dari tahun 2017 sehingga Ogos lepas menggambarkan perkembangan tidak sihat terutama kelompok kanak-kanak yang dianggap rentan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Banteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak di sini tadi.

Pada program itu, beliau memperkenalkan logo pokok kaktus dalam pasu sebagai lambang kerajaan dan komuniti bersama menangani isu seksual kanak-kanak melalui media sosial.

Mengulas lanjut, Rina berkata, trend penyalahgunaan media dalam talian untuk jenayah seksual kanak-kanak dilihat semakin melonjak terutama perkongsian dan capaian bahan pornografi.

“Ini dibimbangi boleh mendorong kepada ketagihan seks dan akhirnya membawa perlakuan seksual lain menjurus jenayah rogol, cabul kehormatan atau sumbang mahram.

“Justeru, pihak kementerian, melakukan pelbagai usaha termasuk penubuhan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu Sosial Kanak-Kanak di Media Sosial pada tahun lalu,” jelasnya.

Rina berkata, perkhidmatan kaunseling itu melibatkan sebanyak 108 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah melalui pelantikan 299 orang pembantu perlindung dan 140 Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI