fbpx
Raden meminati sukan lasak selain perlu mengimbangi kerjaya sebagai pelakon dan pelajar.

Raden anti lelaki pemalas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KESIBUKAN mengejar cita-cita menjadi seorang bintang terkenal ketika sedang menuntut ilmu pelajaran membuatkan Raden Zaharatul kadang-kadang berada dalam keadaan stres.
Salah satu cara gadis manis itu untuk menghilangkan stres ialah memasak dan menyediakan juadah bagi keluarga tersayang.

Raden atau nama sebenar, Raden Zaharatul Maisarah Afzzal Reehan, 23, memulakan perjalanannya dalam karier seni sejak berusia 17 tahun.
Kepada Kosmo! Ahad, gadis yang meminati sukan lasak se­perti paintball itu berkongsi perihal karier lakonan, peribadi dan minat dalam dunia masakan.

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai latar belakang anda?
Raden: Saya anak kedua dan anak perempuan tunggal daripada tiga beradik. Saya dibesarkan di Johor sebelum berhijrah ke ibu kota untuk berlakon selain sedang menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor.

Hobi pada waktu lapang?
Saya sangat gemar menyediakan juadah buat keluarga dan rakan-rakan. Ia umpama terapi bagi menenangkan minda selepas seharian sibuk bekerja. Saya suka masakan Melayu, hidangan seperti ikan masak stim, juadah ala shell out jadi pilihan.

Pengalaman di sebalik tabir penggambaran memberi pengalaman baharu buat Raden.

Bagaimana timbul minat berlakon?
Dunia lakonan adalah bidang yang diminati sejak kecil. Saya bercita-cita untuk menjadi pelakon yang versatil sehingga dapat merangkul anugerah berprestij satu hari nanti. Selain itu, saya juga teringin berkongsi layar bersama Bront Palarae.

Jika diberi peluang, watak apa yang di­idamkan?
Saya mahu mencabar kebolehan memegang watak yang berbeza. Saya kebiasaannya diberi watak antagonis kerana berwajah garang, jadi saya teringin membawa watak gadis ayu serta baik.

Pengalaman tidak boleh dilupakan?
Merasai pengalaman di balik tabir khususnya filem aksi. Melihat sendiri letupan di depan mata serta memegang bom jadi kenangan terindah untuk saya selain melancong ke negara luar.

Destinasi pelancongan yang diminati?
Setakat ini saya dapat melihat keindahan kota-kota di United Kingdom, Hong Kong, Thailand dan Indonesia. Saya akan pergi ke Pulau Perhentian, Terengganu setiap bulan untuk melakukan aktiviti scuba diving bagi melepaskan tekanan.

Apa ciri-ciri lelaki pilihan?
Saya menyukai lelaki yang rajin dan bertanggungjawab dalam kehidupan. Saya sangat anti dengan lelaki pemalas. Saya juga mementingkan personaliti berbanding rupa paras kacak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN