fbpx

Dewan Ulama Pas terima usul penyatuan MN, tolak PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian perwakilan dan pemerhati yang hadir pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Pusat kali ke-61 di Guar Chempedak, hari ini. /FOTO SHAHIR NOORDIN

YAN – Dewan Ulama Pas sebulat suara menerima usul penyatuan ummah melalui Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sempena Muktamar Dewan Ulama Pas ke-61 hari ini.

Dewan Ulama juga sebulat suara dengan kepimpinannya untuk menolak sebarang kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU-15.

Usul tersebut yang dibentangkan perwakilan Dewan Ulama Pas Kelantan, Tuan Saripudin Tuan Ismail yang juga setiausahanya tanpa dibahas sebelum disokong oleh Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan majoriti perwakilan yang hadir.

Usul berkenaan akan dibawa dan dibahaskan di Muktamar Pas Pusat yang berlangsung selama dua hari esok.

Menurut Tuan Saripudin, Pas hendaklah memainkan peranan secara proaktif untuk menyatukan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan Melayu-Islam supaya kekuatan politik Melayu dan Islam dapat disatukan dibawah satu agenda penyatuan ummah.

“Strategi satu lawan satu hendaklah dilaksanakan bagi mengelak pertembungan sesama sendiri antara parti politik teras Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu-Islam supaya tidak berlaku perpecahan yang hanya akan menguntungkan Pakatan Harapan seterusnya mengukuhkan jumlah kerusi Muslim,” katanya.

Terdahulu dalam ucaptama Muktamar Dewan Ulama Pas itu, ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya menegaskan pemerkasaan Muafakat Nasional merupakan suatu penanda aras yang mesti disasarkan oleh parti untuk menghadapi PRU-15.

Katanya, dalam konteks Pas dan UMNO, sayap parti itu harus tampil mengharmonikan dua pihak yang bertelagah, mengikat semula tali kesatuan ummah serta menyatakan tekad politik yang tinggi untuk menangani perpecahan mazhab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI