fbpx
AIN EDRUCE

Bingit? Ini jawapan Ain Edruce

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERJALANAN karier pemilik nama Ain Edruce sebagai seorang pengacara berjalan lancar tanpa dicemari sebarang cela yang boleh memusnahkan kerjayanya.

Pernah mengendalikan program dan acara hebat tanah air, dia kini memahat nama sebaris dengan hos ternama sebagai pengacara Melodi bersama Haziq Husni.

Menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki yang tidak mampu ditolaknya, wanita berusia 31 tahun mengakui terharu kerana kemampuannya semakin disedari umum, meskipun usia kerjaya sebagai pengacara masih lagi hijau.

MENGAMBIL tugas sebagai pengacara Melodi, Ain tidak melenting atau meradang jika dibandingkan dengan hos terdahulu, Nabila Nuda atau Janna Nick.
– ihsan TV3

Melodi

Akuinya kepada HibGlam, sebagai seorang yang kurang satu dekad meladeni hidup sebagai anak seni, bergelar hos untuk sebuah program hiburan terkemuka seperti Melodi menjadi batu loncatan buatnya untuk menggapai peluang yang lebih besar.

“Sebagai seorang anak seni terutama yang aktif dalam bidang pengacaraan, Melodi sememangnya ada dalam senarai program yang saya impi untuk mengendalikannya.

“Benar, memang ini program hiburan tentang gosip, cerita panas dan kontroversi tetapi itulah cabaran sebenarnya.

“Semua itu mencabar kemampuan bagaimana untuk ‘menyejukkan’ hal yang panas dalam penyampaian saya, bukan mudah sebenarnya,” katanya.

Teruja dengan tugasan yang dipikul sejak sebulan lalu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu berharap kepercayaan diberikan terhadapnya kekal dalam tempoh yang lama.

“Selagi hidup. Sebenarnya impian untuk bersama Melodi sudah lama saya inginkan sejak mula bertapak dalam industri seni tetapi tak pernah dapat.

WANITA tinggi lampai ini berlapang dada dengan segala kritikan yang dilemparkan terhadap pendekatannya mengacarakan sesebuah program hiburan.

“Alhamdulillah, walaupun satu penantian yang lama tetapi akhirnya masanya sudah tiba dan kini menjadi milik saya,” ujarnya.

Tambah pemilik nama penuh Nurulain Edruce itu, dia juga tidak terlepas daripada dibandingkan dengan pengacara terdahulu seperti Nabila Huda dan Janna Nick.
Tidak melenting apatah lagi terasa hati, anak kelahiran Setiu, Terengganu itu menganggap semua itu sebagai asam garam seorang pengacara untuk program sebesar Melodi.

“Melodi ini ramai penontonnya dan pengacara pun bersilih ganti. Isu dibandingkan dengan hos terdahulu bukan satu hal yang perlu saya kecil hati.

“Lebih baik belajar dan melihat cara mereka (hos terdahulu) bekerja daripada sentap dengan komen negatif netizen,” jelasnya berlapang dada.

Disoal sekiranya perlu menyampaikan gosip tentang rakan seindustri, ibu kepada seorang anak perempuan itu akan melakukannya secara profesional.

“Ya, ada terfikir bagaimana untuk menyampaikannya dengan beretika. Takut terasa pula.

“Kadang-kadang bila ada gosip mengenai rakan-rakan, saya akan minta maaf sekiranya akan tergores hati dan mereka okey serta menerima tersebut dengan profesional,” jelasnya.

BERSYUKUR tidak pernah terpalit kontroversi menjatuhkan, Ain memegang pesanan ibu bapanya untuk terus menjaga nama baik keluarga.

Menjerit

Sementara itu, dia yang sebelum ini muncul sebagai pengacara I Can See Your Voice Malaysia musim kelima juga dihujani dengan pelbagai komen mengenai caranya menerajui sesebuah program.

Tolak ke tepi pujian, ada yang melabelnya sebagai pengacara yang bingit dan suka menjerit.

“Setakat ini, komen yang diterima kebanyakan positif tetapi terselit juga kata-kata negatif mengenai cara saya mengendalikan sesebuah program.

“Sebenarnya masih ada orang di luar sana yang tidak faham cara saya mengacara.

“Ada orang komen saya suka menjerit sewaktu jadi pengacara. Mungkin mereka tak biasa lihat saya mengacara. Cara saya memang begitu,” katanya lagi.

Jelasnya bukan sengaja ingin melontarkan suara dalam nada yang tinggi tetapi kerana mempunyai masalah peti suaranya.

“Bukan saya saja-saja menjerit. Kalau orang sudah kenal saya lama, mereka akan tahu saya memang ada masalah dengan kotak suara.

“Setiap kali ingin lontarkan suara, memang perlu menjerit dan paksa suara saya keluar.

Hos bingit“Jika tidak, suara saya memang tak keluar. Itu yang membuatkan orang mendakwa saya menjerit ketika mengacara,” jelasnya seraya menutup bicara.

MENGENDALIKAN program gosip anak seni, Ain Edruce cuba untuk berhati-hati dan akan meminta maaf kepada rakan-rakan artis jika ada isu membabitkan mereka terpaksa disiarkan atas tuntutan penerbitan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN