fbpx

Permohonan PVIP Malaysia dibuka 1 Oktober ini – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah ketika bercakap pada sidang akhbar program Visa Premium Malaysia di Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 peserta bagi tahun pertama
Program Visa Premium (PVIP) Malaysia yang akan dibuka untuk permohonan mulai 1 Oktober depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, jumlah penyertaaan itu sekali gus akan menjana kutipan hasil sebanyak RM200 juta dan simpanan tetap sehingga RM1 bilion kepada kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya yakin PVIP Malaysia mampu menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI)-kepada negara sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Di samping itu, permintaan mata wang Ringgit Malaysia juga akan meningkat dan
nilainya akan mengukuh berbanding mata wang negara asing menerusi pengenalan program itu.

“Program ini adalah yang pertama seumpamanya diperkenalkan oleh kerajaan malah konsep sama
turut dilaksanakan di beberapa negara lain termasuk Thailand, Singapura dan Portugal,” katanya pada sidang akhbar mengenai PVIP) Malaysia di sini, hari ini.

Ujar beliau, program itu telah dipersetujui oleh Kabinet pada 17 Ogos lalu iaitu satu program baharu yang berkonsepkan Residensi Melalui Pelaburan khusus bagi memacu pertumbuhan ekonomi, menjana hasil pendapatan negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Hamzah berkata, PVIP Malaysia menyasarkan hartawan global dari semua negara asing, kecuali Israel dan negara-negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia malah, peserta program ini tidak layak memohon atau menukar taraf kepada Warganegara Malaysia.

Menurutnya, pihaknya meletakkan 15 syarat utama bagi permohonan program itu termasuk menyemukakan bukti pendapatan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan atau RM480,000 secara tahunan selain pemilikan akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1,000,000 dan tiada pengeluaran dibenarkan ke atas nilai prinsipal.

“Pengeluaran sebanyak 50 peratus daripada nilai prinsipal dibenarkan selepas setahun menyertai program ini bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan.

“Peserta juga dibenarkan membawa tanggungan seperti pasangan, anak-anak, ibu bapa dan ibu bapa mertua termasuk dibenarkan untuk membawa pembantu rumah warga asing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI