fbpx

Isu pusat sembelih: Jakim akan hantar pasukan audit ke Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada salah seorang mangsa banjir di Dewan Air Kuning, Changkat Jering hari ini. - FOTO: WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menghantar pasukan auditnya ke Australia berhubung isu pusat penyembelihan di negara itu dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan tidak pernah diam atau menutup mata dengan isu pusat penyembelihan di Australia.

“Benda makan ini jadi darah daging kita, tak kan kita nak senyap bab benda halal haram. Kita mesti bertindak. Walaupun kita terima pelbagai desakan supaya kita longgarkan bab halal ini, itu tidak boleh dilakukan kerana kita punya piawaian yang ketat.

“Ini kerana piawaian beginilah menyebabkan orang lain menghormati piawaian halal yang ada pada Jakim,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 11 keluarga mangsa banjir di Dewan Kampung Air Kuning Changkat Jering di sini hari ini.

Menurut Idris, pihaknya sentiasa peka serta memantau sebarang maklumat terkini berhubung isu tersebut.

“Kita akan keluarkan segala maklumat yang terkini berhubung perkara itu kerana ia melibatkan isu halal haram yang sememangnya sensitif bagi masyarakat Islam di negara kita ini. Perkara ini sememangnya diberi perhatian yang serius dan kita tidak lalai untuk menangani isu terbabit,” katanya.

Bulan lalu, Ketua Pengarah Jakim dalam kenyataannya memaklumkan mereka masih lagi menunggu laporan audit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melibatkan sembelihan di Australia.

Isu tersebut mendapat desakan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) serta gabungan badan bukan kerajaan (NGO) supaya kerajaan memberikan penjelasan berhubung pendedahan isu daging yang diimport dari pusat penyembelihan di negara itu yang diproses dengan cara tidak halal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI