fbpx

Harga minyak botol 5kg turun lagi kepada RM33.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Harga maksimum minyak sawit botol 5 kilogram (kg) diturunkan kepada RM33.50 berkuat kuasa 8 September ini hingga 7 Oktober depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, harga maksimum minyak sawit botol 3kg pula RM21.10, 2kg (RM14.30) dan 1kg (RM7.50).

Beliau yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Inflasi berkata, kerajaan akan memperkenalkan Jualan Murah Keluarga Malaysia e-dagang di 17 platform e-dagang terpilih mulai Sabtu ini hingga Disember 2022.

Tambah beliau, selain makanan, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi turut melihat kepada aspek perbelanjaan lain yang menyumbang kepada inflasi termasuk pengangkutan dan perumahan.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI