fbpx

Bukan hutang, itu tuntutan tanpa persetujuan – Shahir Zawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIR ZAWAWI

PETALING JAYA – Penyanyi Shahir Zawawi menganggap dakwaan tidak melangsaikan hutang seperti yang dilemparkan seorang individu dalam laman sosial kepadanya sebagai tuduhan tidak berasas.

Kata penyanyi yang popular menerusi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, tidak timbul isu hutang seperti dibangkitkan, malah terma hutang yang digunapakai pihak tersebut juga kurang tepat memandangkan tuntutan tersebut tidak pernah dibincangkan atau diputuskan sebelum ini.

“Sejujurnya saya enggan melayan provokasi begini terutama ketika sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan, tambahan pula isu tersebut dikatakan berlaku ketika saya dalam program Akademi Fantasia (AF) Megastar lima tahun lalu.

“Saya menyertai program berkenaan menerusi jemputan Astro sendiri dan dia yang datang kepada saya. Itu pun hanya setakat minggu ketiga disebabkan hal yang tak perlu saya dedahkan.

“Jadi apabila individu itu kata saya berhutang, bagi saya terma yang digunakan itu sendiri sudah salah, sebaliknya berkaitan tuntutan terhadap urusan kerja yang tidak dibincangkan, diperincikan mahu pun diputuskan bersam.

“Alih-alih individu itu buat ‘claim’ sebanyak RM4,000,” katanya kepada Kosmo! Online.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) dan program Hijrahkan Laguku itu turut tertanya-tanya motif di sebalik tuduhan yang didedahkan menerusi menerusi media sosial, sedangkan pihak tersebut boleh berjumpa dengan pada bila-bila masa.

Katanya lagi, selama ini pun tiada sebarang perkara yang ingin disembunyikan apatah lagi cuba melarikan diri.

“Kalau betul saya berhutang sampai RM4,000 kenapa baru sekarang diuar-uarkan, bukan lima tahun dulu atau sewaktu saya meraih kemenangan dalam program stesen Al Hijrah tahun lalu?

“Selepas itu ada pula individu lain pula mendakwa  kononnya saya juga mempunyai masalah dengan syarikat rakaman. Apa tujuan sebarkan cerita buruk sebegitu, tidakkah itu juga satu tuduhan?

“Sememangnya, kalau boleh saya tak mahu layan perkara sebegini sebab tak nampak di mana asasnya dan orang luar tak tahu situasi sebenar.

“Saya pula bukan jenis suka bercakap pasal orang. Lebih baik saya fokus kepada kerjaya dan persiapan urusan pernikahan serta resepsi yang tinggal sehari saja lagi,” luahnya.

Terdahulu, seorang individu yang terbabit dalam industri hiburan meninggalkan komen dalam Facebook sebuah portal hiburan ketika kisah berita penyanyi itu akan mendirikan rumah tangga disiarkan.

Dalam komen yang ditinggalkan, individu tersebut  mendakwa Shahir berhutang dengannya membabitkan wang berjumlah RM4,000.

“Bayar hutang dulu baru nikah!” Aku yang hidup ini pun dia main senyap saja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu!” itu antara komen individu berkenaan.

Dakwa lelaki itu, kegagalan Shahir melunaskan bayaran untuk tugasan dalam sebuah acara seperti dimaksudkan mengakibatkan kerugian buat dirinya.

Dalam perkembangan lain, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 34, itu bakal melangsungkan pernikahan dengan usahawan, Jaskin Jaludin pada 2 September ini, disusuli majlis resepsi pada keesokan harinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI