fbpx

‘Merdekakan’ diri daripada minuman bergula, elak penyakit diabetes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengambilan minuman yang mempunyai gula yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia melahirkan kebimbangan terutama dari segi kesihatan.

Menerusi perkongsian di Facebook Public Health Malaysia (PHM), orang ramai disarankan agar mengurangkan kadar pengambilan minuman tersebut bagi mengelakkan risiko penyakit diabetes.

Ini kerana minuman seperti teh tarik, minuman karamel, ‘bubba tea’ dan cendol dikhuatiri akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak.

“Merdekakan diri daripada minuman tinggi gula dan jangan minum terlalu kerap,” katanya dalam satu hantaran, semalam.

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah pesakit diabetes yang tertinggi di Asia.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019), seramai 3.9 juta orang berusia 18 tahun ke atas direkodkan menghidap diabetes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI