fbpx

Antelop terbesar di dunia bunuh pekerja zoo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA ditanduk antelop selepas taman itu ditutup. – Getty/iStockphoto

STOCKHOLM, Sweden – Seorang pekerja taman hiburan di Sweden terbunuh akibat diserang seekor antelop terbesar di dunia ketika membawanya ke kandang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pekerja itu ditanduk selepas waktu penutupan di Oland Animal and Entertainment Park hujung minggu lalu.

Rakan sekerjanya, Park Richard berkata, dia sedang membantu mangsa sebelum antelop itu tiba-tiba bertindak ganas.

Menurut Richard, mereka membawa haiwan itu ke dalam kandang apabila rakannya diserang dan ditanduk. 

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa kejadian itu disiasat sebagai ‘kes kemalangan di tempat kerja’ mengikut prosedur operasi standard.

Pemilik taman haiwan yang terletak di Pulau Oland itu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada Ahad lalu.

Identiti dan kerakyatan mangsa masih belum didedahkan buat masa ini, lapor akhbar The Sun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI