fbpx

Untung sebelum cukai FGV RM1.10 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatat  keuntungan sebelum cukai (PBT) RM1.10 bilion meningkat dua kali ganda bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2022 (TK2022) berbanding  RM516 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Operasi Kumpulan mencatat RM1.34 bilion berbanding RM524 juta manakala, hasil meningkat sebanyak 64 peratus kepada RM13.3 bilion berbanding RM8.08 bilion pada separuh pertama tahun lepas.

Keuntungan Selepas Cukai dan  Kepentingan Minoriti (PATAMI) FGV juga melonjak lebih 100 peratus kepada RM743 juta daripada RM303 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd. Nazrul Izam Mansor berkata, keputusan yang menggalakkan itu dipacu oleh peningkatan dalam margin produk sawit disebabkan oleh harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang tinggi. 

Purata harga MSM yang direalisasikan pada separuh pertama TK2022 adalah lebih tinggi sebanyak 58 peratus mencecah RM5,165 setiap tan metrik (MT), berbanding RM3,268 setiap MT pada separuh pertama TK2021.

“Kami berhasrat untuk menjadi perniagaan tani bersepadu yang mampan dan terkemuka di dunia. Berdasarkan prestasi separuh pertama, kami berada di landasan yang betul bagi mencatat trajektori pertumbuhan dan akan kekal optimistik ke arah mencapai sasaran 2022 kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Faktor lain yang menyumbang kepada prestasi kukuh itu adalah adalah sumbangan yang lebih tinggi daripada sektor logistik FGV yang mana keuntungan operasi daripada sektor berkenaan naik 41 peratus tahun ke tahun kepada RM52 juta berbanding RM37 juta.

Tambah beliau, keputusan kewangan diimbangi kerugian yang ditanggung sektor gula FGV di bawah anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) oleh kerana peningkatan sebanyak 27 peratus dalam kos pengeluaran input. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI