fbpx

Ranbir Kapoor dikecam panggil Alia ‘gemuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANBIR dan isterinya Alia Bhatt.

BIARPUN dilakukan dengan niat bergurau, pelakon Ranbir Kapoor dikecam hebat netizen selepas menjadikan bentuk tubuh isterinya iaitu aktres Alia Bhatt yang sedang hamil anak pertama mereka.

Menerusi satu temu bual bersama media tempatan baru-baru ini, seorang wartawan telah bertanyakan soalan tentang filem terbaharu lakonan pasangan suami isteri itu berjudul Brahmastra.

“Mengapa kamu berdua dilihat kurang mempromosikan filem Brahmastra?” soal wartawan.

Kata aktres Darlings itu, dia akan mempromosikan filem tersebut secara berperingkat kerana mahu memberi fokus kepada suatu hal lain yang lebih penting.

Belum pun habis jawapan yang diberikan, Ranbir tiba-tiba berseloroh apabila memberitahu isterinya tidak mempromosikan filem tersebut kerana malu dengan bentuk badannya yang semakin gemuk gara-gara hamil.

Kata-kata pelakon berusia 39 tahun itu disifatkan tidak menjaga hati isteri yang berbadan dua. Rata-rata netizen menganggap Ranbir sangat biadab kerana menghina fizikal wanita hamil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI