fbpx

Pembantu Penguat kuasa MDR dipenjara, didenda rasuah peniaga vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhisham (tengah) mengaku bersalah atas pertuduhan menerima rasuah daripada peniaga vape sekitar Rembau.

SEREMBAN – Seorang Pembantu Penguat Kuasa Majlis Daerah Rembau (MDR) dipenjara 14 hari dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima wang rasuah daripada peniaga-peniaga kedai vape sekitar Rembau.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Norhisham Saharuddin yang membuat pengakuan bersalah.

Mahkamah turut menetapkan tertuduh dipenjara 14 hari bermula daripada tarikh tangkapan pada 24 Ogos lalu, dan jika bayar denda boleh dipenjara empat bulan.

Mengikut pertuduhan, Norhisham yang bertugas sebagai Pembantu Penguat Kuasa Gred KP22 di MDR telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM1,050 daripada peniaga-peniaga kedai vape sekitar Rembau.

Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang iaitu mengeluarkan saman kepada pemilik kedai atas kesalahan berniaga tanpa lesen.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Rembau antara tahun 2020 sehingga 2022.

Pihak pendakwaa diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI