fbpx

Amukan senjata api ragut enam nyawa di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INSIDEN tembakan senjata api kerap berlaku di Amerika Syarikat. - AFP

WASHINGTON – Polis bandar Detroit, Amerika Syarikat (AS) memberkas seorang lelaki kelmarin selepas suspek menembak empat orang secara rambang dan membunuh tiga daripada mereka.

Ketua Polis Detroit, James White berkata, mayat tiga mang­sa pertama iaitu dua wanita dan seorang lelaki ditemui dengan berbilang kesan tembakan di beberapa  lokasi berasingan di sekitar kota raya itu pada waktu awal pagi.

“Lelaki keempat ditembak selepas dia melihat suspek mengintip sebuah kereta dan menyuruhnya berhenti,” kata White.

Terdahulu, gambar suspek telah diedarkan kepada umum, manakala pihak berkuasa me­minta sesiapa mengenali­nya supaya menghubungi pihak polis.

“Insiden tembakan ini berlaku secara rambang,” tambah White pada satu sidang akhbar.

Datuk Bandar Detroit, Mike Duggan memberitahu pemberita bahawa ejen-ejen daripada berbilang agensi penguatkuasaan undang-undang dikerah untuk menangkap  penyerang.

“Individu ini sudah menembak empat orang hari ini (kelmarin),” katanya.

Insiden tembakan itu bukan satu-satunya keganasan senjata api berdarah kelmarin.

Di Houston, Texas, pihak berkuasa berkata, tiga orang ditembak mati di sana oleh seorang lelaki bersenjata yang pada mulanya, membakar rumah mereka.

“Suspek sangat jahat. Dia membakar beberapa kediaman, menunggu penghuninya keluar lalu menembak mereka,” kata ketua Polis Houston, Troy Finner pada sidang akhbar lain.

“Anggota-anggota bomba yang cuba memadamkan kebakaran juga terpaksa berlindung daripada lelaki bersenjata itu. Polis menembak mati suspek,” tambahnya.

Sementara itu, seorang pemain bola sepak Amerika ditembak di Washington pada hari sama tetapi mangsa berada dalam keadaan stabil, lapor akhbar Washington Post.

Brian Robinson Jr ditembak dua kali semasa kes curi kereta, kata polis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI