fbpx

1,946 kes Covid-19, 8 kematian dilapor semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 terus menunjukkan penurunan kepada 1,946 kes semalam dengan satu kes import dilaporkan berbanding 2,191 kes kelmarin yang sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,740,064 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 1,333 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 31,568 kes.

Sejumlah 3,271 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,710,366 orang.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 673 kes diikuti Kuala Lumpur (246), Sabah (180), Perak (139), Kelantan (99), Kedah (86), Johor dan Melaka (masing-masing 85),Negeri Sembilan (83) serta Negeri Sembilan (83).

Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Pulau Pinang (72), Terengganu (54), Sarawak (53), Pahang (45), Putrajaya (39) dan Perlis (tujuh) namun tiada kes dilaporkan di Labuan,” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak lapan kematian dilaporkan namun tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,206 dan BID kekal 7,694.

Sebanyak 30,163 kes dikuarantin di rumah, 18 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,312 kes di hospital, 25 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 50 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI