fbpx

Parah dibelasah rakan asrama kerana mengadu rokok elektronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KEMAMAN – Seramai 11 pelajar sekolah berkenaan berusia 13 hingga 16 tahun telah ditahan kerana disyaki membelasah tiga rakan asrama di sebuah sekolah menengah harian berasrama di daerah ini pada minggu lalu.

Kejadian buli yang berlaku pada Selasa lalu itu dipercayai pelajar-pelajar terbabit dikatakan tidak berpuas hati setelah tembelang sebahagian mereka memiliki rokok elektronik di asrama sekolah diadukan oleh ketiga-tiga mangsa.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, seorang mangsa berusia 14 tahun cedera parah sehingga gegendang telinga kanannya dikhuatiri pecah akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.

“Dua lagi mangsa masing-masing berusia 13 dan 15 tahun pula lebam pada beberapa bahagian anggota badan.

“Mereka dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kemaman di sini sebelum membuat laporan polis berhubung kes buli itu secara berasingan di Balai Polis Chukai di sini pada kelmarin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, kesemua 11 suspek berusia 13 hingga 16 tahun telah ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan parah.

“Saya menasihatkan pengurusan sekolah agar memandang serius isu buli dalam kalangan pelajar bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI