fbpx

Nigeria haramkan model kulit putih dalam iklan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARAHAN larangan itu akan berkuatkuasa pada Oktober ini. - easterneye

ABUJA, Nigeria – Nigeria menjadi negara pertama di dunia yang mengumumkan larangan sepenuhnya terhadap pengambilan model luar serta artis alih suara dalam aksen British untuk iklan di televisyen, lapor laman berita RT kelmarin.

Keputusan itu diambil kerajaan dalam usaha untuk mengembangkan bakat rakyat tempatan dan akan dilaksanakan secara rasmi bermula Oktober tahun ini.

“Semua iklan dan bahan komunikasi pemasaran hanya boleh menggunakan model dan artis alih suara Nigeria,” kata Majlis Kawal Selia Pengiklanan Nigeria (ARCON) dalam satu kenyataan.

Tambah agensi kerajaan itu, kempen pengiklanan semasa yang menggunakan bakat warga asing dibenarkan untuk diteruskan, namun tiada permit baharu untuk kempen serupa akan dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan.

“Langkah itu selaras dengan dasar kerajaan untuk membangunkan bakat tempatan termasuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri pengiklanan tempatan,” kata kenyataan yang sama.

Nigeria sebelum ini sangat bergantung terhadap model asing dan pakar alih suara dalam iklannya termasuk model berkulit putih dan artis alih suara dengan aksen British, demikian menurut akhbar The Times.

Kerajaan negara itu bagaimanapun telah lama memerangi kecenderungan sedemikian. Mereka sebelum ini menuntut syarikat yang menggunakan bakat asing perlu membayar tarif sebanyak 100,000 naira (RM1,044) untuk mana-mana model asing yang digunakan dalam iklan.

“Pada 10 hingga 20 tahun lalu jika anda menyemak iklan, saya mengatakan hampir 50/50 menampilkan model asing dan alih suara aksen Britain,” kata Ketua Persatuan Pengiklanan Nigeria, Steve Babaeko. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI