fbpx

Remaja perempuan pamer aksi berbahaya, teman lelaki jadi pembonceng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kekasih yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti merempit di Sik pada semalam.

SIK – Tindakan berani seorang remaja perempuan yang baru mendapat lesen L dengan melakukan aksi berbahaya di jalan raya mengundang padah apabila dia ditahan dalam operasi samseng jalanan di sini pada petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, remaja berusia 19 tahun terbabit didapati menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sambil dibonceng teman lelaki berusia 16 tahun yang baru dikenali sebulan lalu.

Remaja perempuan itu dikesan melakukan aksi zig zag, memasuki laluan bertentangan dan menunggang dengan laju.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pasangan remaja tersebut ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas diekori sejauh 14 kilometer.

“Remaja terbabit dan teman lelakinya yang berasal dari Kulim dekat sini dikesan menjadikan jalan raya di Jalan Merbau Kudung sebagai lokasi merempit.

“Mereka cuba meloloskan diri apabila mengesan kehadiran polis sebelum berjaya ditahan di Jalan Kampung Sik Dalam di sini,” katanya di sini hari ini.

Jelas Abdul Razak, mereka kemudian dibawa ke IPD Sik untuk tindakan lanjut bersama motosikal berkenaan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI