fbpx

Kilang proses air zam zam palsu diserbu Kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali Mohamad (lima dari kanan) menunjukkan air zam zam palsu antara barangan dagangan bernilai hampir RM5 juta yang disita pada sidang akhbar di Menara Kastam, Johor Bahru hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Hasrat pengguna Muslim di negara ini yang mahu mendapatkan bekalan air zam zam dieksploitasi sindiket penipuan dengan menjual air zam zam dipercayai palsu sejak awal tahun ini.

Kegiatan tidak bermoral itu dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor setelah menggempur sebuah kilang haram yang memproses air zam zam palsu di Taman Ekoperniagaan 2, Senai Airport City, Senai, pada 15 Jun lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM Johor Bahru telah menyerbu premis berkenaan pada pukul 4 petang.

Menurut beliau, pemeriksaan dibuat terhadap premis berkenaan menemukan 238 botol bersaiz lima liter dipercayai berisi air zam zam palsu di premis berkenaan.

“Dalam serbuan berkenaan, kami turut menahan empat lelaki warga asing iaitu tiga warganegara Bangladesh dan seorang warganegara Yaman yang berusia antara 22 hingga 44 tahun untuk siasatan lanjut.

“Anggaran nilai keseluruhan barangan yang disita termasuklah air zam zam dipercayai palsu berkenaan berjumlah RM11,700,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat JKDM Johor, di sini hari ini.

Tambah Sazali, pihaknya juga telah mengenalpasti pemilik premis itu yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia anggaran 40-an.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjadikan sebuah premis sebagai tempat pembungkusan air zam zam dipercayai palsu dengan menggaji pekerja asing bagi mengisi dan membungkus air berkenaan.

“Sindiket terbabit juga menggunakan bungkusan lain daripada bungkusan air zam zam yang biasanya diperoleh secara betul,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI