fbpx

Kemenangan beregu negara lakaran baharu sukan badminton Malaysia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) ucap tahniah pada kejayaan beregu negara mengungguli Kejohanan Badminton Dunia 2022 sebentar tadi.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyifatkan kemenangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Tokyo, Jepun sebentar tadi sebagai satu lakaran baharu dalam sukan badminton tanah air.

Ismail Sabri menerusi hantaran di laman Facebook mengucapkan tahniah atas kejayaan kedua-dua atlet badminton negara tersebut memenangi Kejohanan Badminton Dunia 2022.

“Satu lakaran sejarah baharu buat sukan badminton negara!

“Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia 2022.

“Ini merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022,” katanya hari ini.

Terdahulu, beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik melakar sejarah sukan badminton Malaysia apabila berjaya muncul sebagai pemain dan gandingan pertama negara yang menjadi juara dunia.

Pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo sebentar tadi, beregu No.6 dunia itu berjaya menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan menerusi aksi straight set 21-19, 21-14. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI