fbpx

Fasa kedua BMTKM dijangka bermula pertengahan September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa pada sidang akhbar di Hotel Perdana Kota Bharu hari ini. /FOTO MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) fasa kedua dijangka bermula pada pertengahan September di 100 lokaliti dengan penglibatan seramai 5,000 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, kerajaan turut bercadang untuk melancarkan satu lagi fasa BMTKM pada akhir tahun ini yang melibatkan sebanyak 300 lokaliti secara keseluruhan.

Menurutnya, sehingga 15 Ogos lalu, sebanyak 134,853 KIR dikategorikan sebagai miskin tegar berbanding 292,000 pada Oktober tahun lalu menerusi BMTKM yang bertujuan untuk menghapuskan miskin tegar pada akhir tahun 2025.

“Jumlah itu menunjukkan penurunan angka KIR miskin tegar berbanding tahun lalu. Ia mungkin disebabkan oleh pemurnian senarai E-Kasih yang dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Menerusi senarai itu, kita dapati separuh daripada mereka yang tersenarai dalam E-Kasih telah berjaya keluar daripada garis miskin tegar,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli memberitahu, proses pemurnian senarai E-Kasih tidak dapat dilaksanakan secRa kerap berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, seramai 15,455 KIR miskin tegar dikenalpasti di Kelantan iaitu kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan KIR di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI