fbpx

EPL: Ralph Hasenhuttl siapkan pelan jerat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASENHUTTL

SOUTHAMPTON – Pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl memberi amaran kepada Manchester United bahawa pasukannya sudah memiliki perancangan untuk memerangkap pemain pertahanan, Lisandro Martinez pada aksi malam ini.

The Saints bakal menyambut kunjungan United di St. Mary untuk aksi pertama minggu keempat Liga Perdana Inggeris ketika skuad kendalian Erik Ten Hag memburu kemenangan kedua berturut-turut selepas mengejutkan Liverpool 2-1 Selasa lalu.

Martinez yang menjadi pemain baharu dibeli United musim ini menjadi tumpuan ekoran ­prestasi tidak menentu apabila gagal membantu pasukannya dalam dua perlawanan awal, tetapi berjaya mempamerkan aksi cemerlang mengekang Liverpool.

“Saya fikir tidak mudah untuk mengatakan bahawa tubuhnya yang kecil adalah satu kelemahan. Ia tidak semudah itu, tetapi kami sudah mempunyai ranca­ngan untuk memerangkapnya,” katanya.

Bagaimanapun, Hasenhuttl sedar United kini sudah mula mempamerkan pe­ningkatan dan pemain mula memahami falsafah bola sepak pengurus mereka, Erik Ten Hag menyebabkan mereka perlu le­bih berhati-hati.

“Saya tidak terkejut apabila mereka tewas dua perlawanan awal kerana mereka sedang me­lalui proses dengan kehadiran pengurus dan pemain baharu. Ia tidak akan berlaku dengan mudah dan sempurna dalam tempoh yang cepat.

“Kita bercakap mengenai sebuah pasukan hebat yang dahagakan kejuaraan. Kejayaan mereka menewaskan Liverpool adalah mesej jelas mengenai keinginan mereka dan membuktikan bahawa United berada pada kedudukan yang baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI