fbpx

Dua maut kemalangan dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut dalam kemalangan membabitkan kereta Perodua Axia dan Toyota Vellfire di sini, awal pagi tadi.

SIBU – Dua maut dalam satu insiden kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Ulu Oya, berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Merah, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihak bomba menerima kes melalui talian MERS999 memaklumkan kemalangan yang berlaku pada pukul 2.15 pagi dan mengarahkan seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi kejadian.

Menurutnya, terdapat lima orang mangsa keseluruhan di mana seorang pemandu kenderaan jenis Toyota Vellfire dan empat lagi dalam kenderaan jenis Perodua Axia.

“Dua orang penumpang di tempat duduk belakang kereta Axia seorang lelaki dan perempuan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Sementara pemandu lelaki kereta itu mengalami kecederaan parah manakala penumpang wanita yang mengalami cedera ringan berjaya keluar dari kenderaan sebelum anggota tiba,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, pemandu kereta Toyota Vellfire pula selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital bagi rawatan susulan dan mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Anggota bomba melakukan pembersihan jalan bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya kepada pengguna jalan raya lain dan operasi ditamatkan pada pukul 3.50 pagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI