fbpx

Tiket konsert Rizky Febian ‘licin’ kurang sejam dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZKY FEBIAN bakal menganjurkan konsert sulung di Malaysia pada 20 Oktober 2022 nanti.

PETALING JAYA – Tidak sampai sejam, jualan tiket konsert penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian In Kuala Lumpur habis terjual selepas dilancarkan pada pukul 3 petang hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan penganjur, The Jay Events & Media menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram.

“Sold out (habis terjual). Terima kasih kepada semua yang menyokong konsert ini. Jumpa anda di sana!” tulis pihak penganjur.

Menjengah dalam ruangan komen, terdapat segelintir peminat penyanyi berusia 24 tahun itu kecewa apabila gagal mendapatkan tiket konsert selepas kesemuanya habis terjual dalam masa kurang daripada satu jam.

Malah, peminat yang gagal mendapatkan tiket menggesa pihak penganjur menambah satu lagi persembahan, bukan hanya satu malam seperti yang ditetapkan pada 20 Oktober nanti di Zepp Kuala Lumpur.

“Tolonglah tambah sehari lagi,” pinta seorang peminat.

“Tidak! Tolong lebihkan tiket atau tambah sehari lagi,” kata seorang lagi netizen.

Rizky yang mula mencipta nama menerusi lagu Kesempurnaan Cinta pada 2015 bakal menyanyikan sebanyak 25 buah lagu popular miliknya seperti Salah, Makna Cinta, Terlukis Indah dan Cuek.

Konsert penyanyi yang popular menerusi lagu Hingga Tua Bersama tersebut sekali gus menjadi persembahan pertamanya di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI