fbpx

Pasangan muda tinggal bawah jejambat sebab kesempitan wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boon Kae (tengah) menyerahkan sumbangan makanan kepada Siti dan Mohd di Jalan Bagan Dalam di sini hari ini. FOTO SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Pasangan suami isteri muda menjadikan tembok batu di bawah jejambat Jalan Bagan Dalam, Butterworth di sini sebagai tempat berteduh sejak beberapa bulan lalu.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 26 berkata, dia dan isterinya, Siti,23, yang baru mendirikan rumah tangga tidak sampai setahun kini terpaksa tinggal di lokasi berkenaan selepas mereka dikatakan gagal membayar sewa rumah.

“Kami tidak mahu menyusahkan keluarga masing-masing kerana mereka juga ada masalah sendiri, tambahan pula ibu saya yang tinggal bersama abang yang menghidap penyakit dalam perut.

“Kadangkala kami berulang alik antara jejambat ini dan Jalan Bagan Luar kerana di situ ramai yang membantu.

“Dahulu saya pernah bekerja sebagai pengasuh, tetapi kini sukar untuk mencari kerja bersesuaian kerana kami tiada kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, pasangan muda tersebut antara 300 penerima bantuan makanan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) The Ascott Merdeka yang menyantuni gelandangan dan golongan kurang berkemampuan.

Pengurus Residensi Sky Residence by The Ascott, Lee Boon Kae, berkata pihaknya memperuntukkan RM1,000 setiap bulan untuk menyantuni gelandangan di negeri ini.

“Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik apatah lagi selepas kita dilanda pandemik lebih dua tahun lalu.

“Selain menyantuni gelandangan, kita turut menziarahi pusat jagaan warga emas dan anak-anak yatim,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI