fbpx

Bangga 33 tahun berbakti sebagai askar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekbon menunjukkan pingat-pingat yang diterima sepanjang berkhidmat di 1 RAMD di rumahnya di Kampung Rimba Terjun, Pontian semalam.

PONTIAN – Walaupun telah 33 tahun meninggalkan dunia ketente­raan, namun semangat dan jiwa terhadap kerjaya itu bagai te­lah sebati dengan jiwa Sekbon @ Saibon Amat.

Menurut bekas Pegawai Waran 1 berusia 80 tahun itu, dia mula memegang senjata ketika berusia 20-an pada tahun 1963 ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun itu.

Dia mula menyertai dunia ketenteraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Port Dickson pada 12 Ogos 1962, namun hanya sempat selama empat bulan ke­rana dia­rah untuk bertugas pada konfrantasi tersebut.

Katanya, beliau yang ditempatkan di Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja (1 RAMD) di Kem Sungai Besi turut terlibat mengekang kemasukkan tentera Indonesia ke Sarawak pada tahun 1963.

“Tugas kami bersama tentera dari 1 RMAD yang berpangkalan di Tampines Singapura menghalang kemasukkan ­tentera Indonesia ke Kuching de­ngan mengawal laluan tersebut.

“Kami guna batang-batang pokok balak sebagai tempat ­perlindungan dan menahan ­se­ra­ngan yang dilakukan oleh tentera Indonesia dengan ­kebanyakan pertempuran berlaku pada waktu malam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rimba Terjun di sini baru-baru ini.

Tambah Sekbon, dia juga terlibat dengan pertempuran menentang Pasukan Rakyat Bersatu Sarawak (Paraku) atau lebih dikenali sebagai Komunis Sarawak pada tahun 1970 berhampiran dengan Kalimantan.

“Paraku dengan kekuatan 115 anggota, manakala 1 RAMD de­ngan hanya 1 Platun atau 80 orang dengan pertempuran mengambil masa selama dua jam,” ujarnya.

Katanya lagi, seramai 26 orang komunis Paraku telah berjaya dibunuh dengan menggunakan taktik serang hendap dengan kebanyakan anggota 1 RAMD terdiri daripada rekrut baharu.

“Paling tidak dilupai operasi di Sungai Chalet, Raub pada tahun 1978 yang melibatkan ribuan anggota tentera termasuk anggota komando untuk menangkap orang kanan Ching Peng.

“Perjuangan orang terdahulu memang mencabar, oleh itu tanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara menjadi tugas semua rakyat Malaysia agar negara tidak dijajah lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI