fbpx

Tiada lewat buka pintu air pasang surut di Taman Sri Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menafikan kelewatan membuka pintu air pasang surut (TCG) di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, menjadi punca utama berlaku banjir kilat, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir. Izham Hashim berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan operasi tebatan banjir menerusi TCG dan sistem pam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Kata beliau, bacaan hujan terkumpul mencatatkan 92.5 milimeter (mm) yang dikategorikan sebagai amat lebat di Taman Sri Muda itu, Sabtu lalu.

“Keadaan itu mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah dan TCG  dioperasikan kerana paras air Sungai Rasau melebihi paras saliran parit utama di kawasan berkenaan.

“Aliran air dari saliran parit utama itu kemudian dilencongkan ke kolam takungan banjir sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! Online pada 20 Ogos lalu melaporkan hujan lebat menyebabkan kawasan di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini dinaiki air setinggi 0.7 meter.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI