fbpx

Biskut Kering sasar hadiah utama Liga Fantasi Kosmo!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terima kasih Kosmo! kerana diberi peluang untuk menang hadiah mingguan bernilai RM200.
ZUFLIZAN OTHMAN

PERASAAN kecewa tidak dapat menyertai Liga Fantasi Kosmo! musim lalu tidak mematahkan semangat pengurus Fantasy Premier League, Zuflizan Othman untuk memulakan saingan Liga Fantasi Kosmo! 2022/23 dengan cemerlang apabila mengutip antara mata tertinggi pada minggu ketiga.

Zuflizan yang mengurus pasukan Biskut Kering FC serta meraih 72 mata memberitahu, penelitian perlawanan sebelum ini dianggap penting sebelum memuktamadkan kesebelasan utama yang dijangka mampu mengutip mata mata tertinggi.

Bagaimanapun, kata Zuf­lizan, misinya pada Liga Fantasi Kosmo! bukan tertumpu kepada perebutan hadiah mingguan, namun adalah untuk bergelar juara keseluruh­an.

“Saya tidak jangka mampu muncul pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! kerana saing­an benar-benar sengit. Apa pun, strategi dan pemilihan pemain pada minggu ini benar-benar menjadi.

“Taktikal saya sangat mudah, pemain yang menunjukkan ­prestasi terbaik minggu lalu akan menjadi pilihan utama untuk dimasukkan ke dalam skuad utama.

“Terima kasih Kosmo!. Harap kemenangan ini menjadi permulaan untuk muncul juara ke­seluruhan 2022/2023,” katanya yang berasal dari Putrajaya.

 

MOHD. ZULIZZAB SAARI

Rekod musim lalu sebagai rujukan pengurus Jakpro

PERANCANGAN teliti pada setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ternyata membawa tuah kepada pengurus, Mohd. Zulizzab Saari apabila mengutip antara mata tertinggi mingguan Liga Fantasi Kosmo! 2022/23.

Pengurus yang sudah berjinak-jinak dengan dunia Fantasy Premier League (FPL) sejak tiga tahun lalu memilih untuk mempertaruhkan bintang Liverpool, Mohamed Salah sebagai kapten pasukan, sekali gus memboleh­kannya meraih mata penting untuk muncul salah seorang pemenang minggu ini.

Bagi pengurus pasukan Jakpro yang meraih 73 mata itu, rekod musim lalu juga penting untuk dilihat dan dinilai sebelum membawa masuk pemain terbaik ke dalam skuad utama.

“Saya sudah menyertai FPL sejak tiga musim dan diakui bukan mudah untuk menang saingan ini. Jadi percaturan bijak perlu dibuat agar tidak kehilangan mata pen­ting.

“Meskipun saya adalah peminat Manchester City, namun pemain Liverpool, Salah tetap menjadi pilihan kapten pasukan saya kerana dia penyumbang mata tetap bagi setiap minggu. Apa pun, risiko perlu dibuat jika ingin mengutip mata tertinggi.

“Saya bertuah memenangi FPL minggu ini dan berharap dapat meraih kemenangan minggu-minggu seterusnya,” katanya yang berasal dari Kampung Baru Wakaf Tengah Mengabang Telipot, Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI