fbpx

Wanita curi motosikal jatuh dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu dikatakan jatuh ke dalam parit bersama motosikal dicurinya. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Riau, Indonesia nekad mencuri sebuah motosikal dari kedai pengedar motosikal terpakai, namun drama kecurian itu berakhir dengan dia jatuh ke dalam sebuah parit, lapor laman berita Suara.com.

Video kejadian dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu memaparkan kejadian yang berlaku pada Ahad lalu. 

Wanita itu melangkah masuk ke dalam premis seorang diri menuju ke deretan motosikal. Dia segera menghampiri sebuah motosikal lalu mencurinya dalam masa hanya beberapa saat.

Selepas sejam, akaun Instagram itu memuat naik satu video lain memaparkan wanita berkenaan terjatuh di dalam parit bersama motosikal tersebut.

Wanita itu memakai pakaian yang sama, manakala rambut dan bajunya kelihatan basah dan kotor.

Motosikal tersebut terbaring di dalam parit berhampiran ladang kelapa sawit. Dua lelaki kelihatan cuba mengangkatnya.

Kejadian tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sebelum masuk penjara, masuk parit dulu,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI