fbpx

Situasi loji nuklear Zaporizhzhia makin mengancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelamat Kementerian Kecemasan Ukraine menjalani latihan menyelamat di Zaporizhzhia, 17 Ogos lalu. - AFP

KIEV, Ukraine – Tentera Presiden Russia, Vladimir Putin meminta pekerja-pekerja di loji janakuasa nuklear terbesar Eropah, Zaporizhzhia untuk ‘bercuti’ sekali gus mencetuskan kebimbangan bencana nuklear akan berlaku, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Loji Zaporizhzhia jatuh ke tangan tentera Putin sejak awal perang Ukraine, dengan dunia bimbang mimpi ngeri kebocoran radiasi berulang kembali.

“Pekerja-pekerja Ukraine di loji nuklear Zaporizhzhia meneruskan ‘cuti jangka pendek”, kata tentera Russia.

Perkembangan membimbangkan itu berlaku selepas Russia dipercayai memindahkan peralatan ketenteraan ke dalam stesen janakuasa nuklear tersebut, demikian menurut maklumat risikan Kanada.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Ukraine sedang bersiap sedia untuk menghadapi bencana radioaktif seperti yang pernah berlaku di Chernobyl. Persiapan dibuat selepas Ukraine menganggap situasi di loji Zapo­rizhzhia ibarat telur di hujung tanduk.

Ukraine turut mengadakan latihan kemalangan nuklear di bandar Zaporizhzhia yang dibom tentera Russia. Lokasi itu paling dekat dengan loji Zaporizhia.

Model pemetaan sebelum ini mendedahkan bahawa kebocoran loji Zapo­rizhzhia boleh me­rebak beribu-ribu kilometer dan menjejaskan 13 negara berbeza.

Kementerian Pertahanan Rus­­sia sendiri memberi amaran pada minggu ini tentang kemungkinan kemalangan di loji nuklear tersebut boleh menyebarkan radiasi hingga ke Jerman.

Kementerian itu mendakwa, sistem sokongan loji itu telah rosak tetapi menyalahkan tentera Ukraine yang didakwa melancarkan peluru berpandu ke Zaporizhzhia.

Ukraine pula mendakwa bahawa malapetaka nuklear boleh berlaku di Zaporizhzhia, manakala Presiden Volodymyr Zelenskyy berkata, saintis-saintisnya sentiasa berhubung dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

Pada Mac lalu, Ukraine memberi amaran tentang risiko bencana nuklear ‘10 kali ganda lebih besar daripada malapetaka Chernobyl’ selepas tentera Russia membedil loji itu dari bandar berdekatan, Enerhodar.

Kebocoran nuklear di Chernobyl pada tahun 1986 adalah bencana buatan manusia yang paling buruk  dalam sejarah, mencemari kawasan seluas 150,000 kilometer persegi meliputi Ukraine, Russia dan Belarus.

Sinaran radioaktif dikesan hingga ke utara Scotland, dengan hujan membawa radiasi  ke Cumbria,  utara England dan daerah Wales iaitu Clwyd dan Gwynedd.

Kira-kira 500 anggota tentera Rusia daripada uni pengawal peribadi Putin,  Rosgvardia, kini ditempatkan di loji Zaporizhzhia bersama kira-kira 20 pakar nuklear Kremlin. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI