fbpx

Penyokong Manchester United mula ‘update’ status

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus Liverpool Jurgen Kloop (kiri) kelihatan sugul selepas pasukannya mengalami kekalahan awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Setelah berjaya menundukkan musuh tradisinya di laman sendiri awal pagi tadi, para penyokong pasukan Manchester United nampaknya mula keluar di media sosial masing-masing hari ini.

Kemenangan 2-1 mengalahkan Liverpool pagi tadi sudah cukup membuatkan penyokong pasukan The Red Devil berpuas hati walaupun ini adalah kemenangan pertama mereka.

Sebelum ini, Manchester United menghuni tangga tercorot liga apabila mengalami kekalahan dua kali sejurus Liga Premium England bermula pada musim ini.

Bagi peminat mereka, kemenangan terhadap Liverpool merupakan kemenangan penting kerana hanya pasukan ‘burung’ ini musuh tradisi mereka sejak sekian lama.

Rata-rata peminat bola sepak ternyata sudah memahami tindak tanduk serta ‘perangai’ penyokong setia Manchester United yang hanya akan muncul apabila pasukannya menang dalam perlawanan penting.

“Ok, mereka mula update status masing-masing dekat Twitter dan Facebook pagi ni, kalau tidak status penyokong Man United biasanya tiada,” ujar Nick Furrs.

“Kalau kalah budak-budak Man United ni update status pasal hantaran kahwin, pasal sewa rumah naik atau cara-cara menyediakan telur dadar sahaja.

“Tapi pagi ni bangun-bangun ada la status ‘this is our years’. Tapi saya tak terkejut dah memang perangai mereka,” kata Nik Afnan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI