fbpx

Rokok, minuman keras lebih RM1.11 juta dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul (dua dari kiri) melihat barangan rampasan kes antara 2018 hingga 2021 yang dilupuskan pihak polis.

SEPANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang melupuskan barang kes membabitkan rokok, minuman keras dan mesin melombong bitcoin bernilai lebih RM1.11 juta yang dirampas antara tempoh 2018 hingga 2021.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pelupusan itu membabitkan tujuh kes masing-masing satu kes rokok seludup, lima kes minuman keras dan satu kes mesin bitcoin.

Beliau berkata, pelupusan itu membabitkan 10,106 tin dan 577 botol minuman keras bernilai keseluruhan RM86,621 selain 15,200 karton rokok bernilai RM972,800 dan lima mesin bitcoin bernilai RM52,000.

“Tujuh kes rampasan itu membabitkan tangkapan tujuh warga tempatan dan empat warganegara asing berusia antara 21 hingga 48 tahun masing-masing di Bandar Baru Salak Tinggi, Dengkil, Sungai Pelek dan Putra Perdana.

“Kesemua kes ini telah mendapat keputusan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor dan arahan pelupusan juga diperolehi dari Majistret Mahkamah Sepang, Ayuni Izzati Sulaiman mengikut Seksyen 406 A Kanun Prosedur Jenayah,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini tadi.

Katanya, pelupusan terbabit dilakukan oleh syarikat yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI