fbpx

Pokok tumbang di ibu kota, 6 kereta dihempap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah kereta yang dihempap pokok tumbang di ibu kota, petang tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA KL

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kes pokok tumbang dilaporkan berlaku manakala enam buah kereta dihempap di sekitar ibu kota, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kes pokok tumbang berlaku di hadapan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Duta Mas 1, di sini.

“Selain itu, turut berlaku kes pokok tumbang mengakibatkan dua kereta jenis Audi dan Proton Pesona dihempap dalam kejadian di hadapan kondominium Mont Kiara Pines.

“Kes yang sama turut berlaku di Jalan Ismail Ghaney, Kampung Kasipillay yang melibatkan dua mangsa. Kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Sementara itu, kejadian pokok tumbang turut
menghalang lalu lintas di Jalan Lembah Duta, Taman Duta petang ini.

Dalam pada itu, sebuah papan tanda turut menghempap sebuah kereta jenis Axia dan tiga motosikal di stesen bas Jalan Duta, Taman Duta.

Tambahnya, terdapat tiga lagi kes pokok tumbang menghempap kereta yang dilaporkan berlaku di Jalan Kuang, Jalan Beruas Damansara Height dan Bukit Tunku sekitar ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI