fbpx

EPL: Pep Guardiola enggan fikir peluang Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA enggan para pemainnya terbuai dengan dua kemenangan diraih setakat ini sebaliknya fokus untuk berdepan aksi menentang Newcastle malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menolak cadangan bahawa skuad kendalian­nya bakal memenangi perlumbaan memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini berbanding Liverpool selepas memulakan aksi dengan cemerlang.

Sejak beberapa tahun ke­belakangan ini, Liverpool sentiasa menjadi pencabar utama City dalam merebut kejuaraan, namun mereka berjaya memenangi empat gelaran sejak lima musim lalu.

Skuad kendalian Guardiola itu memulakan kempen musim ini dengan cemerlang apabila memenangi kedua-dua perlawanan tanpa bolos, manakala Liverpool hanya meraih dua mata selepas terikat menentang Fulham dan Crystal Palace.

“Masih terlalu awal, saya minta maaf, tetapi selepas dua perlawanan anda tidak boleh menentukan apa yang bakal terjadi pada masa depan. Selepas dua perlawanan, masih ada 111 mata lagi untuk kami buru,” katanya.

Tambahnya, aksi pramusim yang begitu baik membantu para pemainnya untuk cepat menyesuaikan diri dalam suasana liga, namun mengakui bahawa September akan menjadi bulan yang mencabar kerana jadual perlawanan yang padat.

“Dalam tempoh tiga minggu ini, ia sangat baik kerana kami masih mempunyai masa untuk berlatih, pemulihan dan perlawanan. Pada September ia akan menjadi sukar. Kami perlu terus mengekalkan tahap konsisten dan fokus.

“Dua perlawanan lalu sangat baik, adakalanya di luar jangka. Para pemain telah membuktikan bahawa tanggapan saya kepada mereka silap,” ujarnya.

Mengulas mengenai pertembungan menentang Newcastle United malam ini, Guardiola mengakui agak resah selepas melihat peningkatan yang dipamerkan oleh skuad kendalian Eddie Howe itu.

“Mereka memiliki pemain yang bagus dari aspek agresif dan visi. Mereka kini berada dalam suasana yang cukup hebat dan beberapa pemain mereka juga sangat penting,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI