fbpx

Bengkel Come Kemas tawar guna peralatan menjahit percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir Khalid menyampaikan sijil lantikan kepada Mawar mewakili Fareeda Group sebagai rakan kerjasama ketika merasmikan Pusat Daya Maju Kemas di Pejabat Kemas Padang Terap di Kuala Nerang, hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) memperkenalkan bengkel Pusat Daya Maju (Come) yang menawarkan penggunaan peralatan menjahit secara percuma kepada peniaga dan usahawan baharu daripada golongan B40.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, terdapat 14 bengkel di seluruh negara termasuk di Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap yang bakal memberikan manfaat kepada 3,000 penduduk luar bandar sehingga hujung tahun ini.

Katanya, program itu diwujudkan selaras dengan Aspirasi Keluarga Malaysia bagi memastikan golongan B40 dapat menerima faedah daripada perkhidmatan disediakan kerajaan seterusnya meningkatkan ekonomi masyarakat.

“Golongan peniaga atau usahawan baharu yang tidak mempunyai peralatan lengkap boleh menggunakan peralatan disediakan secara percuma di Pusat Daya Maju.

“Kerajaan sentiasa prihatin dengan keluh kesah masyarakat terutama mereka yang menyara hidup dengan mengambil upah menjahit pakaian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan bengkel Come Padang Terap hari ini.

Turut diadakan pelancaran bengkel Come serentak di beberapa buah negeri termasuk Pahang.

Jelas beliau, peniaga boleh datang ke bengkel tersebut untuk menggunakan mesin jahit yang canggih seperti mesin sulam berkomputer, mesin jahit tepi selain mendapat bimbingan daripada Pemaju Masyarakat Kemas yang mahir tanpa sebarang bayaran.

“Buat masa ini kita menyediakan sebanyak 14 bengkel Come dan akan menambah pusat tersebut pada masa akan datang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI