fbpx

Mengapa taufan guna nama wanita?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK setempat melihat kemusnahan yang berlaku selepas Taufan Katrina membadai pantai Biloxi di negeri Mississippi, Amerika Syarikat (AS) pada 20 Ogos 2005. - AFP

Laura, Ida, Anita, Roxanne, Melur, Sandy, Laura, Katrina, Elina, Erika, Isabel, Iris, Janet, Diana, Lili, Gloria, Ella, Jenny, Hazel, Sally dan Nana. Pada hemat penulis, ramai menyangka nama-nama di atas merujuk kepada gadis cantik.

Jangan ada pula meminta nombor telefon atau akaun media sosial kepada penulis kerana walaupun sedap disebut, nama-nama tertera itu merujuk kepada ribut tropika atau taufan yang berlaku di seluruh dunia.

Menurut sebuah laman web awam, sekitar 95 bencana berupa ribut siklon dan taufan terbentuk di seluruh dunia pada setiap tahun, lantaran langkah untuk menamakan setiap ribut yang berlaku bertujuan untuk memudahkan hebahan, amaran rujukan dan komunikasi tentangnya.

Tanpa memberikan nama, agak sukar selain memakan masa di samping kerbarangkalian untuk kesilapan berlaku apabila kita ingin bercakap mengenai taufan apatah lagi merujuk taufan menggunakan kelajuan angin atau terbentuk di latitud dan longitud, ia sama sekali melecehkan!

Perkara serupa juga berlaku di negara ini. Apabila orang lama bercakap tentang banjir besar, mereka bermaksud ‘bah merah’ yang melanda Pantai Timur pada 1926 tetapi bagi penulis pula tragedi banjir besar di Pantai Timur pada 2014.

Justeru, perbuatan menamakan bencana taufan dan ribut itu sama sekali bukan sesuatu yang pelik dan langkah tersebut dilakukan sejak tahun awal 1950-an oleh Pusat Taufan Negara Amerika Syarikat (AS).

Namun, apa yang agak di luar kebiasaan adalah kebanyakan nama taufan sama ada di sebelah Lautan Atlantik atau yang terbentuk di Lautan Pasifik, menggunakan nama wanita dan bukan lelaki.

Berdasarkan pembacaan penulis, hampir semua taufan kuat yang mendatangkan kemusnahan dahsyat, dinamakan dengan nama perempuan.

Berdasarkan penjelasan sebuah laman berita, senarai nama taufan hari ini melibatkan kedua-dua wanita dan lelaki.

Bagaimanapun, dari sekitar 1953 hingga 1979, sistem pengesanan ribut tropika AS hanya menggunakan nama wanita untuk menamakan taufan dan siklon.

Masih tidak jelas mengapa perkara itu berlaku namun, sesetengah pihak percaya bahawa tradisi maritim yang merujuk kepada laut dan lautan sebagai feminim mungkin menjadi punca perkara itu berlaku.

Bagaimanapun, penulis mengesyaki perkara itu berlaku kerana kebanyakan pegawai kaji cuaca ketika itu terdiri daripada lelaki dan nama-nama yang dipilih mungkin berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Begitupun, tradisi itu dikatakan menyinggung hati dan perasaan ahli kaji cuaca dan aktivis wanita.

Ramai wanita terutamanya aktivis, Roxcy Bolton menyeru pihak terbabit supaya tidak meneruskan tradisi tersebut. Beliau memberi alasan bahawa kaum wanita tidak suka dikaitkan dengan ribut apatah lagi siklon atau taufan.Mungkin ada benarnya hujah itu.

Antara nama taufan untuk tahun ini termasuk Fiona, Hermine, Danielle, Julia, Lisa, Paula, Alex, Bonnie, Hemine dan Colin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI