fbpx

Hujan lebat : Kawasan di Sri Muda dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air mulai naik setinggi satu kaki di beberapa kawasan di Sri Muda, Shah Alam susulan hujan lebat berterusan sejak petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA

PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda sejak petang tadi menyebabkan kawasan di Sri Muda dekat sini dinaiki air setinggi satu kaki.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, air mulai naik sejak pukul 5.15 petang.

“Setakat ini, kita telah menggerakkan 11 anggota bersama dua bot sebagai langkah awal sekiranya banjir menjadi lebih teruk.

“Buat masa ini, tiada mangsa, perpindahan mangsa atau kenderaan yang ditenggelami air namun kita mengambil langkah awal dengan tiba di lokasi sekiranya berlaku apa-apa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI