fbpx

Botol air milik Billie Eilish dijual RM1,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar botol air didakwa digunakan oleh Billie ketika konsert pada Khamis lalu.

PETALING JAYA – Botol air kepunyaan penyanyi terkenal antarabangsa, Billie Eilish dijual dengan harga RM1,200 dipercayai diperolehi ketika konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil,  pada Khamis lepas.

Tinjauan Kosmo! di aplikasi menjual barangan terpakai, terdapat seorang pengguna menjual botol air itu dengan mengenakan tanda harga yang tinggi atas alasan botol itu pemilik penyanyi terkenal tersebut.

Menurut penjual itu, botol air dengan berbaki sedikit air itu didapati daripada pengawal keselamatan sebaik sahaja tamat persembahan.

Selain itu, terdapat huruf ‘B’ pada botol itu menjadi tanda bahawa itu barangan yang asli milik penyanyi antarabangsa yang melakukan persembahan di Malaysia baru-baru ini.

Hasil tinjauan mendapati, botol air itu masih belum terjual dan sudah 16 jam berada dalam senarai untuk dijual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI