fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Aksi Man. United, Liverpool mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pemain yang dijangka mampu menyerlah dan menyumbang mata besar buat pasukan masing-masing.

KERANCAKAN aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin dirasai apabila sudah memasuki minggu ketiga (GW3) dengan para pengurus Liga Fantasi Kosmo! gigih mengatur strategi terbaik untuk mengutip mata tertinggi.

Berdasarkan jadual liga minggu ini, banyak ramalan perlawanan yang boleh dibuat dengan mudah, tetapi aksi tumpuan sudah tentu menjadi milik pasukan Manchester United menentang Liverpool.

Kedua-dua pasukan memiliki sejarah yang hebat tetapi buat masa ini, hanya ada satu pasukan yang dilihat berpotensi untuk melakar kemenangan dengan hanya Mohamed Salah menjadi pilihan untuk mencipta keajaiban di Old Trafford.

 

PENJAGA GOL
EDERSON kekal menjadi pilihan Kosmo! untuk mengemudi kesebelasan utama pasukan fantasi minggu ini kerana ketenangannya di atas padang selain dibantu benteng kebal pasukan The Citizens.

PERTAHANAN
REECE JAMES dilihat mampu mengutip enam mata penuh selain tambahan mata bonus jika berjaya merakam jaringan atau mencipta gerakan gol menentang Leeds United pada aksi Ahad ini.

TENGAH
MOHAMED SALAH memiliki rekod cemerlang setiap kali bertemu dengan seteru tradisi, Manchester United selepas merekodkan sembilan gol dalam 10 pertemuan secara keseluruhan sebelum ini.

PENYERANG
HARRY KANE dijangka memainkan peranan selaku penyerang utama Spurs untuk menggegar gawang Wolves selepas menemui sentuhan jaringan ketika seri bertemu Chelsea minggu lepas.

KAPTEN
GABRIEL JESUS dipilih sebagai kapten berdasarkan keyakinan dan prestasi semasanya yang cemerlang selepas berjaya menjaringkan dua gol dan dua umpanan jaringan pada aksi terakhir EPL minggu lalu.

JADUAL

SABTU

TOTTENHAM lwn WOLVES
Siaran langsung Astro 813, 7.30 malam

C. PALACE lwn A. VILLA
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

EVERTON lwn N. FOREST
Siaran langsung Astro 811, 10 mlm

FULHAM lwn BRENTFORD
Siaran langsung Astro On The Go, 10 mlm

LEICESTER lwn SOUTHAMPTON
Siaran langsung Astro 813, 10 mlm

AHAD

BOURNEMOUTH lwn ARSENAL
Siaran langsung Astro 813, 12.30 pagi

LEEDS lwn CHELSEA,
Siaran langsung Astro 813, 9 mlm

WEST HAM lwn BRIGHTON
Siaran langsung Astro 812, 9 mlm

NEWCASTLE lwn MAN. CITY
Siaran langsung Astro 813, 11.30 mlm

SELASA

MAN. UNITED lwn LIVERPOOL
Siaran langsung Astro 813, 3.15 pagi

 

PENJARING TERBANYAK

3 gol
Rodrigo (Leeds)

2 gol
Josh Dasilva (Brentford)
Gabriel Jesus (Arsenal)
Pascal Gross (Brighton)
Erling Haaland (Man City)
Gabriel Martinelli (Arsenal)
Aleksandar Mitrovic (Fulham)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI