fbpx
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Perak memeriksa tangki fiber berisi minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Iskandar Shah di Ipoh semalam.-FOTO: IHSAN KPDNHEP

KPDNHEP tumpas sindiket seleweng diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Taktik licik sindiket penyelewangan diesel bersubsidi melakukan pengubahsuaian pada tangki kenderaan tidak berpanjangan selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Iskandar Shah di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 2.30 petang itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang juga pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan di stesen minyak tersebut mendapati ada sebuah lori bertutup kanvas sedang mengisi diesel.

Katanya, pemeriksaan lanjut pada kenderaan itu menemui empat buah tangki fiber dipercayai berisi diesel disimpan di atas lori berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati saluran tangki minyak asal diubah suai yang mana salurannya disambungkan dengan empat buah tangki fiber.

“Semakan mendapati pemandu lori tidak mempunyai dokumen atau permit yang sah untuk membeli diesel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KPDNHEP menyita hampir 1,000 liter diesel dari lori tersebut. Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM45,850. – KOSMO! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN