fbpx

Mahkamah: Hisyam tidak akan berhujah pada prosiding Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Seri Najib Razak.

PUTRAJAYA – Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini beliau tidak akan membuat sebarang hujahan dalam prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn. Bhd. membabitkan Najib pada Selasa depan.

Beliau mengulangi pendirian itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V. Sithambaram selesai berhujah di hadapan lima panel hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Bagaimanapun Tengku Maimun menegaskan bahawa, pihak pembelaan mempunyai tiga hari untuk membuat persediaan bagi hujahan.

“Tuan Haji (Hisyam), seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tiada penangguhan akan diberikan. Dalam rekod mahkamah, awak juga masih peguam (Najib),” kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Sebelum mahkamah berhenti bersidang menyatakan, beliau tidak akan membuat sebarang hujahan balas.

Tengku Maimun: Awak ada tiga hari, Sabtu, Ahad dan Isnin untuk bersedia. Tidak perlu memfailkan hujahan bertulis, hujah sahaja secara lisan.
Peguam Hisyam: Saya tidak akan membuat hujahan.

Tengku Maimun: Walaupun secara lisan?
Peguam Hisyam: Walaupun secara lisan.

Tengku Maimun: Tuan Haji ada tiga hari untuk bersedia, esok Sabtu, Ahad dan Isnin.

Peguam Hisyam: Saya tidak akan membuat hujahan.

Tengku Maimun: Tiga hari untuk bersedia, tidak perlu failkan hujahan bertulis, hujah sahaja secara lisan.

Peguam Hisyam: Tiada hujahan.

Sebelum prosiding tamat, peguam itu turut memohon agar mahkamah dapat menangguhkan prosiding sehingga Khamis depan kerana mempunyai prosiding kes lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI