fbpx
Sri Pahang berjaya bangkit berada di landasan kemenangan untuk menewaskan Penang FC selepas seri dengan Melaka United sebelum ini.

Liga Super: Sri Pahang benam Harimau Kumbang 3-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Skuad Sri Pahang kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Penang FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Tok Gajah kendalian Datuk Dollah Salleh membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai Steven Rodriguez dan Manuel Hidalgo.

Keputusan tersebut ternyata membuahkan hasil apabila Rodriguez meledak gol pembukaan untuk meletakkan Sri Pahang di hadapan pada minit ke-44.

Bersambung pada babak kedua, tonggak Penang FC, Rafael Vitor menyamakan kedudukan pada minit ke-64 menerusi sepakan penalti selepas Aziq Rahim dijatuhkan di kawasan penalti oleh kapten pasukan lawan, Muslim Ahmad.

Bagaimanapun, Rodriguez sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada Harimau Kumbang pabila meledak gol kedua pada minit ke-74 selepas menerima hantaran Nor Azim Azih.

Tonggak pertahanan Tok Gajah, David Rowley menambah derita selepas menyempurnakan hantaran Hidalgo pada minit ke-81 sekali gus menjaringkan ke atas bekas kelab yang diwakilinya sebelum ini.

Penyerang Penang FC, Lucas Silva merapatkan kedudukan dengan mencetak gol kedua skuad tuan rumah berselang tiga minit kemudian tetapi kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR