fbpx

Lelaki ditahan ugut bunuh isteri fail cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

AMPANG – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengugut mahu membunuh isterinya kerana wanita itu memfailkan permohonan cerai terhadapnya di di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 9 malam selepas polis menerima laporan daripada wanita berkenaan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila wanita berusia 34 tahun itu menerima panggilan daripada suaminya yang tidak berpuas hati apabila dia memfailkan perceraian.

“Suspek dipercayai mengugut untuk memastikan mangsa mati dan cacat seumur hidup mengakibatkan mangsa takut sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Farouk, semakan rekod lampau terhadap suspek mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod berkaitan dadah.

“Suspek telah direman selama empat sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI