fbpx

Lagu Janet Jackson boleh sebabkan komputer riba ‘crash’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lagu nyanyian Jackson dikatakan menjadi punca sistem perisian sesetengah komputer riba lama mengalami gangguan. - AFP

LONDON – Lagu hit popular nyanyian Janet Jackson, Rhythm Nation didakwa memiliki nada frekuensi unik yang boleh mengganggu sistem perisian sesetengah komputer riba model lama, lapor portal berita MailOnline semalam.

Isu tersebut didedahkan oleh jurutera perisian utama Microsoft, Raymond Chen dalam blognya, The Old New Thing. Dia berkata, kekerapan lagu itu sepadan dengan frekuensi yang dikeluarkan oleh cakera keras komputer riba.

Ia dipanggil frekuensi bergema iaitu frekuensi semula jadi objek.

Perisian komputer riba mengalami gangguan apabila terdedah kepada bunyi tertentu yang dikeluarkan daripada sumber yang membawa getaran melalui udara ke kaca.

Frekuensi unik dalam lagu Jackson itu juga ditemui oleh ‘pengilang komputer utama’ yang turut mendapati komputer riba berhampiran dengan komputer yang sedang memainkan lagu Rhythm Nation turut mengalami gangguan.  

Microsoft mengisytiharkan Rhythm Nation sebagai kelemahan keselamatan berlabel CVE-2022-38392.

Isu tersebut telah diselesaikan selepas pengeluar menambah ‘penapis tersuai dalam saluran paip audio yang mengesan dan mengalih keluar frekuensi yang menyebabkan gangguan semasa audio dimainkan’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI