fbpx
Kai Wen dan kembarnya, Kai Wei gembira dengan keputusan STPM yang diperoleh hari ini.

STPM: Kembar antara 18 calon dari SMJK Jit Sin dapat CGPA 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – “Kami bertuah kerana boleh bergantung harap sesama sendiri. Kami belajar bersama dan lakukan hampir semua perkara secara bersama. Kejayaan ini adalah hasil usaha keras kami bersama.”

Demikian ujar calon Sijil Persekolahan Tinggi Malaysia (STPM) 2021, Yeap Kai Wen, 20, mengenai pencapaiannya bersama pasangan kembar, Yeap Kai Wei, 20.

Kedua-dua mereka merupakan antara 18 calon cemerlang dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin, Bukit Mertajam yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan berkenaan.

Kai Wen memperoleh A dalam subjek Matematik, Kimia, Fizik dan Pengajian Am manakala Kai Wei pula mendapat A dalam subjek Kimia, Biologi, Matematik dan Pengajian Am.

Menurut Kai Wen, mereka juga bertuah kerana mempunyai ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan yang memahami serta banyak membantu dalam pelajaran sekaligus menjadi penyumbang kepada kejayaan tersebut.

“Saya akan menyambung pengajian di Nanyang Technological University di Singapura dalam bidang kimia dan kejuruteraan bio molekul manakala Kai Wei pula kini sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan di universiti tempatan,” katanya ketika majlis pengumuman keputusan STPM peringkat negeri Pulau Pinang di sekolah mereka oleh Timbalan Pengarah Pendidikan negeri (Sektor Pengurusan Sekolah), Wan Sajiri Wan Hassan, hari ini.

Tambah Kai Wen, keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM itu juga adalah lanjutan daripada kejayaan mereka memperoleh 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini. -KOSMO! ONLINE

POPULAR